Monday, December 22, 2008

PMR result !!


URL: http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm


NEGARA

Keputusan PMR 30 Disember

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 akan diumumkan pada 30 Disember ini dan semua calon peperiksaan itu boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, analisis keputusan PMR juga akan diumumkan pada hari yang sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.

Seramai 472,060 calon di seluruh negara telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober lalu.

Copyright © 2008. KOSMO! Online.


Goodluck :

Farhana Fadzil 

No comments: