Thursday, January 21, 2010

Hati Siapa ?

Dunia ini terlalu banyak cabaran. Kita mesti tabah walaupun kita rasa nak putus asa. post kali ni berbahasa melayu. Kenapa susah sangat nak jaga hati orang lain ? Apa susah sangat ke nak bagi tahu kenapa membeci dan perlu ke menyembunyikan perkara sebenar dan tunjukkan ego masing-masing ?

Setiap manusia membuat kesalahan, tiada yang sempurna. Orang yang menyakitkan mungkin tidak sedar bahawa manusia yang disakiti itu mempunyai perasaan. Bila orang yang disakitinya membalas balik, dia tahu dia marah. Hidup perlu diteruskan, orang yang disakiti mungkin tertanya-tanya apa kesalahan yang telah dia lakukan sampai perlu disakiti ? Apa orang yang membuatnya tak pernah salah ?

Di pinggir, di pulau, di benci, di pandang rendah tidak bertegur sapa. Salah satu mesti kita pernah buat. Tapi sampai bila ? Sampai ada yang nak mati baru nak tegur ? Atau bila ada kesusahan baru nak tegur ?

Terlalu banyak tanda tanya. Hampir setiap hari dalam kehidupan manusia ada saja perkara ini berlaku tanpa disedari mahupun yang kita nampak. Susah sangat ke nak memaaf dan meminta maaf ? Atau saja ego tidak membenarkan perkara ini berlaku. Kalau di tanya mungkin di katakan 'desperate' .

Saya manusia yang tak sempurna dan saya juga melakukan kesalahan. Bukan untuk mengkritik sesiapa. Macam-macam ujian dan dugaan. Post kali ini mungkin ada orang yang akan terasa tapi siapa yang gigit cili dia terasa pedasnya.

Suka dan Duka:
Farhana Fadzil

No comments: