Sunday, November 7, 2010

سم الله الرحمن الرحيم

Allah He who creates us (human).


Setiap manusia yang dicipta oleh Allahsemuanya berbeza; fizikal dan mental. Ada yang cukup sempurna sifatnya dan ada yang tidak. Tuhan Maha Pencipta, Maha Mengetahui. Setiap ciptaanya mempunyai keistimewaannya tersendiri. Cantik, berani, pandai dan macam-macam lagi.

Setiap makhluk ciptaan Allah ada yang bersyukur apa yang dimilikinya dan sebaliknya. Aku pernah tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, tidak terlintas pada ku pada mulanya semua yang aku miliki itu daripada Allah. Aku lalai, aku lupa! Sedangkan di sekeliling aku ada yang inginkan apa yang aku mahu.

Melihat segelitir orang kurang upaya yang ditindas masyarakat, aku mula tertanya pada diriku,

"apa rasa kalau aku dekat keadaan mereka? "
"apa akan terjadi kalau aku macam si dia? "
"boleh kah aku setabah, sabar dan cekal seperti dia?"


Kadangkala aku juga terfikir kenapa ada masyarakat yang mengatakan seseorang itu membawa sial? ataupun seseorang itu tidak membawa tuah ? Jika dikatakan meraka Tuhan, bukan. Bagaimana mereka tahu bahawa seseorang itu membawa tuah ?
Apa perasaan orang bila ayat-ayat sebegitu dilemparkan kepada mereka?Walhal ayat-ayat itu didengari, mereka tetap cekal dan sabar. Mampukah aku?

Allah Maha Besar:
Farhana Fadzil




2 comments:

nuramirahshahrin said...

Assalamualaikum ....

Setiap manusia punya kelemahan dan kelebihan .. Apa yang boleh kita lakukan redha dengan segala takdir dan ketentuan dan mohon diberikan kekuatan ... Letakkan usaha dalam segala yg dilakukan dan sentiasa ingat Allah .... Segala perbuatan yang dilaksanakan kerana kejahatan akan dibalas dgn kejahatan dan vise versa . ... Untuk ubah persepsi manusia bukan mudah yang penting kita ubah diri kita dan ambil moral dari sesuatu yang berlaku ... :)

p/s : sorry kalau ayat tungang langang

Anafadzil said...

thanks mira, naah its fine.