Wednesday, May 7, 2014

Rindu.

سم الله الرحمن الرحيم
السلم عليكم ورحمة الله وبركثه

Aku tak pernah nak musuhi kau
Perkara aku paling tak suka buat;
masam muka dan tak betegur
Aku rindukan kau yang dulu,
Yang dulu sentiasa ada dengan aku,
Yang masih boleh berbicara apa sahaja,
Yang boleh aku harapkan,
Yang boleh aku jadikan kawan baik,
Yang sentiasa cuba untuk buat aku senyum walau aku menangis.

Kini,
Apa yang berlegar dalam fikiran ku,
Siapa kau yang sekarang ?
Apa yang membuat kau berubah ?
Boleh kau jadi tempat berlindung aku ?
Masihkah aku boleh rasa selamat dengan kau ?

Aku penat menanggung perasaan ini,
rasa sakit, sakit yang aku tak mampu mengubati.
Aku rasa kehilangan,
hilang apa yg pernah aku lalui dengan kau.
Kau lah paling rapat dengan aku tapi ..
kadangkali aku rasa kau lah paling jauh.
Tolong jangan pergi daripada hidupku
Tolong jangan hanyut dengan kekeliruan hidup kau

Tolong kembali,
kembali kepada asal.
Aku sungguh merindui mu!


To whom it may concern :
Farhana Fadzil

No comments: