Wednesday, May 23, 2012

Luahan Hati

سم الله الرحمن الرحيم
السلم عليكم ورحمة الله وبركثه

Kadang-kadang terfikir apa yang selalu hati dan minda ini nak ?? Berkata-kata duhai hati yang sakit berfikir pula minda untuk menyelesaikan .. Adakah kerana kedua-duanya sakit ?? Duhai hati tenanglah dikau dari kesusahan, duhai minda berehatlah untuk berfikir menyelesaikan masalah. Tiada yang memahami kecual Yang Maha Esa.

Kalau betul dulu tak pernah rasakan, mungkin kini masanya. Mungkinkah untuk mematangkan fikiran dan menguatkan hati untuk terus hidup ?? Adakalanya jika dua-dua rungsing dan merasakan sesuatu pada masanya agak kepenatan badan ini untuk mengendalikannya. Tetapi itu semua datang dari Allah untuk menguji kita. 

Mungkin terlalu ramai yang telah disakiti dan menyakiti sama ada sedar atau tidak. Tetapi tidak mungkin kita sebagai manusia mampu mengelakknya. Tutur kata dan gerak badan memainkan peranan yang besar dalam hidup. Mungkin sekali kita tak berdaya tapi jika diusahakan mungkin akan mendapat hasilnya. Hikmah pasti menyusuli apa yang (akan) terjadi pada kita. 

Kadang-kadang hati ini memberontak nak hebahkan kepada semua orang seperti mana dahulu dibenarkan.. tetapi kini tidak lagi. Adakah kerana masa kanak-kanak tidak tahu apa maksud sakit ? atau bila sudah besar emosi itu tidak datang dengan sabar ?? Kemungkinankah aku akan sakit hati dan jantung sekiranya tidak diluahkan ?? 

** Ya Allah,  Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pencipta. Hanya Engkau yang tahu apa dalam hati ini. Janganlah KAU palingkan aku daripada agama-Mu dan tingkatkanlah tahap kesabaranku Ya Allah. Amin  

Farhana Fadzil

No comments: